Thursday, November 29, 2012

student life and working life


umur semakin lama semakin meningkat. begitulah juga dengan zaman.. zaman semakin lama semakin modern. dunia dahulu berbeza dengan dunia sekarang, dulu aku student skrg aku kene keje carik duit nak isi perut and hidup senang.. Tapi skrg bkn nak citer pasal duit ke dunia ke atau perut kosong tapi citer hari nie berkenaan dengan peredaran zaman.

semua orang merasa zaman persekolahan tp bukan semua orang dapat rasa zaman universiti... hidup mmg berbeza lagi2 zaman belajar U.. masa belajar asik tension pasal assignment laa exam laa final projek laa n macam2 lah...tapi semua 2 akan jadi kenangan paling terindah dalam hidup dan kenangan tu takkan dilupakan seumur hidup... zaman sekolah berbeza dengan zaman belajar U... dulu masa skolah enjoy je lebih.. belajar pown xde la focus mane pon asik ingat nak main je... naik main layang2 la, lumba lari laa itu laa ini laa macam lah. name pown budak skolah, ape lagi main je la kann... hehe tapi bler dah abis skolah cabaran pown bermula....

dalam dunia pekerjaan ni die ade 2 perkara je iaitu sama ada :-
1. U follow ME (anda seorang boss)
              @
2. I follow U (anda seorang pekerja)

U follow Me.. bace pown dah taw.. maksudnye Kamu ikut arahan Saya... waktu jadi boss memey la best TAPI sebenarnye orang yang tidak menjadi boss nie x taw bertapa beratnye kerja sebagai seorang boss.. boss boleh jatuh pada bila2 masa sahaja sekiranya terleka.. selalunya orang akan pandang boss nie x banyak kerja and banyak rehat. sebenarnya pandangan 2 salah.. Boss nie kerjanye lebih berat dari pekerja, boss nie kalau boleh die nak berkerja 24jam tapi disebabkan perlu menjaga kesihatan jadi tak de lah sampai 24jam.. boss perlu bekerja mental dan  fizikal.. sebagai seorang boss, dia perlu mempunyai ilmu yang tinggi, kalau xde ilmu dia takkan boleh menjadi boss punya. bekerja dari segi mental bermaksud ( berfikir bagaimana untuk menghasilkan untung kepada syarikat, menitikberatkan pekerja supaya pekerja x lari mencari kerja lain, menghasilkan idea untuk syarikat, mengembangkan syarikat dan bermacam masalah yang perlu difikirkan seperti masalah kerugian dan lain-lain) inilah boss.. tidak menang tangan untuk hadapi semua nie dan dari situ mulanya ARAHAN.. ape yang diarah akan akan dilaksanakan oleh orang lain(pekerja) untuk itu ia dapat mengurangkan beban boss tersebut.  Dari segi Mental pula bermaksud (Turun Padang) faham tak maksud turun padang?? turun padang nie mksudnye kita g kat padang pastu turun la... haha gurau je... turun padang bermaksud berkerjasama dengan pekerja.. jadi boss nia sebenarnya bekerjasama dengan pekerja tanpa kita sedari. jadi tolonglah hargai boss anda dan berbaktilah pada boss anda kerana x rugi pown kalau berbakti pada orang lain sebabnya kita juga akan merasainya suatu hari nanti jika kita ade impian nak jadi boss lah... tp klo xde just forget it.. Orang yang xde impian adalah orang yang malas berusaha dan tidak mahu berusaha..  so mulai skrg carilah impian kita.. setiap manusia perlu ada impian yang ingin dicapai barulah hidup akan berjaya.

ok cukup untuk U follow me skrg masuk yang ke 2 pulak I follow U..  i follow salleh yakob haha.. mcm 2 lah lebih kurang haha....  xde lah.. just joke..  i follow u bermaksud  saya bekerja mengikut arahan kamu. kita bekerja makan gaji yang dibayar jadi kenalah ikut arahan boss, apa yang dipinta itulah yang akan dilakukan oleh pekerja. kadang2 rasa marah sangat sebab kene ikot arahan dari boss. boss suruh buat 2 la buat ni laa... semuanya nak suruh kita buat. tapi sebenarnya bukanlah sengaja boss 2 minta kita buat itu ini tapi kita ni pekerja kene la ikot kalau arahan yang diberikan tidak diluar bidang kita, tapi kalau nak buat luar bidang pown boleh jugak yang penting berkaitan kerja. itu adalah 1 advantage yang kita boleh buat untuk boss. boss akan lebih menghargai pekerja yang susah nak dapat seperti (rajin, bijak, sanggup melakukan demi syarikat, jujur, amanah) ni antara sikap yang dipilih dan dipuji oleh boss.. kalau ade orang yang mempunyai ciri2 macam yang diatas, pasti susah boss nak lepaskan sebab pekerja yang diasanjung adalah perkerja yang berbakti pada syarikat. time 2 kau mintak ape pown boss sanggup bagi janji kau tak minta berhenti kerja. itulah paling ditakuti boss kerana akan kehilanggan pekerja yang sanggup lakukan apa sahaja tanpa berkira dan dengan kerelaan hati. tapi susah nak cari pekerja mcm 2... dalam 1000 belum tentu ada 1. so jadilah pekerja yang disayangi oleh boss. kerja tepat masa dan lebih masa dengan ikhlas...

itulah bezanya kalau belajar dan bekerja.....  BELAJAR LEBIH INDAH DARI BEKERJA...  belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi boss dan pekerja yang cemerlang... ^_^

itu saja untuk post hari ni.... dan mungkin akan ada lagi topik menarik.. jangan lupa baca... sama2lah kita berubah demi kebaikan diri sendiri.. ASSALAMUALAIKUM...  Peace yooo.. haha ala2 ac mizal gitu..

Saturday, July 14, 2012

kesusahan + kesedihan = kesenangan + kegembiraan

ade cerita sedih yg ingin aku nak kongsi bersama.. nak taw ape die??  ermm ia berkaitan kesusahan, kesedihan, kegembiraan dan kesenangan..

orang selalu kata kesedihan itu akan berakhir dengan kegembiraan dan sebaliknya... btol ke?? apa2 pown itu sume ialah kenikmatan di dunia.. semua orang mempunyai kisah sedih dan kisah gembira...  macam aku pula sebuah kisah sedih yang berakhir dengan kegembiraan...

ceritanya bermula sebelum 4 tahun yang lalu...

aku seorang pelayan di restoran secret recipe... pada waktu itu keluarga aku sangat susah kerana ayah dan ibu aku tidak bekerja dan aku punya 4 adik beradik yang perlu diberi makan..  ayah aku berhenti kerja disebabkan alasan tertentu.. manakala ibu aku suri rumah sepunuh masa... sebelum bekerja di restoran tersebut, aku adalah pelajar lepasan SPM.. jadi aku nekad nak cari kerja utk bantu keluarga aku.. jadi jumpalah 1 kerja di secret recipe...

Dugaan pertama

pada hari pertamaku bekerja, aku dikehendaki mendapatkan suntikan typhoid.. Typhoid ke..? ntah aku pown x pasti suntikan ape tp yg aku dengar typhoid lah... aku minta tolong ayahku membawa aku ke klinik DBKL yang berdekatan untuk mendapatkan suntikan tersebut. sewaktu dalam perjalanan ke klinik tersebut enjin keretaku tiba2 mati... aku dan ayah pon terperanjatlah.. "alamak.. minyak habis lah pulak" kata ayah.. nasib baik la pump station tak jauh dari tempat keretaku mati.. ayah pown pegilah beli minyak kereta.. kesian aku tgk ayah aku dan hati berkata "Ya Allah Permudahkanlah segala urusanku dan keluargaku Ya Allah"  sekembalinya ayah membawa petrol berisi dalam botol lalu dituang kedalam tangki minyak tersebut dan meneruskan perjalananku sampai ke destinasinya.

Dugaan ke 2

maklumlah orang baru kerja memang tak taw nak buat kerja. kerja sbg pelayan, faham2 je lah kan.. kene hantar makanan jadi aku nie buatlah kerja aku... pada suatu hari itu mungkin nasib aku kurang baik pada waktu tu, aku sedang menghantar 2 gelas air ke pelanggan tapi belom sampai ke pelanggan, dulang yang aku pegang tersebut terlangar pintu dan 2 gelas air tersebut tumpah dengan serta-merta... Jadi.. biasalah akulah yang salah dan akulah perlu gantikan air tersebut.. harga air tersebut bernilai RM 8.90 utk segelas...  aku pergi kerja tanpa sesen pown didalam poket aku.. jadi ape yang aku harus buat, aku jd buntu dan aku tak akan meminjam duit dari ibu dan ayh aku sebab aku taw ibu dan ayah aku pasti marah dengan kecuaian aku. jadi aku bertindak untuk meminjam duit dari teman sekerja tapi malangnya tiada siapa yang ingin membantu aku... biasalah aku hanya budak baru kerja dan tak mungkin ade orang yang akan percaya dengan aku pada masa singkat. tapi hati tetap rasa sedih.. sedangkan makan minumku dibawa dari rumah dan hari-hari sambal ikan bilis menjadi laukku untuk makan pada waktu rehat..  aku masih terfikir bagaiman untuk aku membayar duit air tersebut... dan akhirnya tiada sesiapa pown yg sudi membantu aku... aku menangis dengan penuh hiba... dimana harus aku dapatkan wang untuk membayar air tersebut.. jalan terakhir aku adalah meminjam duit dari ibu ku... pada waktu aku ingin luahkan kata2 untuk meminjam wang tersebut, air mataku tiba2 mengalir di hadapan ibuku dan mulut terkunci untuk mengakui kesalahan dan kekesalanku... melihat wajah ibu dan ayah membuat aku menjadi bertambah sedih atas kesusahan yang sedang dialami... tapi aku terpaksa juga membuka mulut dan menceritakan hal sebenar kepada kedua org tua ku.. tanpa dimarahi, ibuku menghulurkan wang untuk membayarnya. air mata terus mengalir tanpa hanti tangan yang ingin menerima wang tersebut menjadi keras disisi.. aku rase serba salah sangat pada waktu itu. dek kerana air tersebut, terpaksalah kami sekeluarga makan sambal kosong tanpa lauk. aku berjanji pada diri untuk memberikan kesemua gaji pertamaku untuk ibuku.

Dugaan Ke 3

aku diarahkan bekerja di bahagian dapur.. "alamak kene masaklah pulak, aku dah la x pandai masak" hurmm nak tak nak kene jugalah buat..  aku pown mulakan tugas dengan merebus spegetti.. haaa... nak taw pe jadi?  setelah spegetti itu selesaai direbus aku perlulah tuangkannya ke dalam bakul.... dengan sepennuh tenaga aku pown angkat periuk yang besar dan panas tu lalu mencurahkan ke tanganku sendiri "arghhhh tidakkkk..." tanganku melecur kerana curahan air panas tersebut...  sebenarnya aku x larat nak angkat periuk 2 tp x de orang pown nak tolong aku angkat.. huaaaaaaa'''''' tanganku melecur....  dan ape lagi MC 1 hari gara2 tangan melecur...  selepas tangan melecur kepala pulak naik pitam macam nak pengsan aku dibuatnya... hurrmmm dugaan lagi.... dalam hati berkata "apalah nasib aku kerja kat sini"... hehehe

Dugaan Ke 4

waktu menerima gaji tiba... gaji yang dijanjikan padaku Basic RM400 + OT + elaun = Rm800 tapi aku hanya dapat RM556 utk sebulan aku bekerja. dengan hati yang redha aku berhenti kerja dan memasang niat untuk menyambung pelajaran ke tingkat 6...  gaji yang diterima semuanya ku hulurkan kepada ibuku.. itulah yang mampu aku berikan pada keluargaku... apa yang penting kami cukup makan dan tidak berada dalam kelaparan... itu sudah cukup Alhamdulillah...


itulah dugaan aku sewaktu bekerja mencari rezki... :) hmm... bila diingat kembali memang perit kerana kenangan indah langsung tiada sewaktu bekerja... tapi nak buat camne.. itulah dugaan aku.. tp sebenarnya itu bukan kenangan pahit buat diriku kerana itulah pengalaman manis utk aku.. Kini segala kepahitan, kesedihan dan kesusahan aku telahpun berakhir dan  aku dan kelurga telah berjaya menempuhi segala dugaan dan Allah memberikan ganjaran kenikmatan, kesenangan, kegembiraan dan kebahagian kepada kelurgaku...  Alhmadulillah syukur nikmat Allah..



Tuesday, August 31, 2010

IKHLAS

hello bloggerz... lme da saya x update blog nie.. rindu jer rasa...

hari nie sye nk share something with all blogger.. it is about "sincere" u all mst taw kan ape itu sincere... sebenarnya byk yang boleh kite kaitkan dengan keikhlasan nie... selalunya keikhlasan nie die datang dari dalam diri kite dan tidak boleh dibuat-buat... untuk menjadi seorang yang baik kite mestilah ikhlas menerima segala-galanya.. kalau sedikit perasaan tidak ikhlas yang hidup dalam hati kite bermakna kita telah mencemarkan hati kita atau telah mengotorkan hati kita padahal keikhlasan untuk menerima atau memberi sesuatu itu penting untuk menyucikan hati kita.... contohnya seperti membayar zakat. walaupun membayar zakat itu adalah perkara wajib ia juga pemberian yang ikhlas dari kita. betul tak? sebab kalau kita x ikhlas kita xkan bayar zakat punya.. taw x knp saya beri contah zakat???

jawapannya sebab zakat dapat membersihkan hati kita sama seperti keihlasan.... ikhlas menerima atau memberi dapat membersihkan hati kita yang telah kita kotorkan dengan perkara-perkara lain yang kita tidak nampak.

ikhlas itu penting kerana dengan keikhlasan hati kita boleh menjadi tenang. ikhlas sama seperti redha... kalau kita menerima qadaq dan qadar dengan redha hati kita tentu sekali berasa tenang se tenang air sungai yang mengalir.... itu lah pentingnya redha dan ikhlas... kalau x caye cube lah sendiri.. contoh nya kalau ada masalah yang menimpa kita, dan kite terima dengan redha keikhlasan dan berserah segalanya pada Tuhan insyallah masalah yang kita hadapi kita x akan rasa seperti kita mempunyai masalah.. tapi bukanlah dengan hanya kata2 sahaja. kita juga kene lah igt bahawa Tuhan itu wujud dan tanggungjawab kita adalah sembahNya dan berdoa..

harap2 dengan info yang saya beri nie dapatlah sama2 kita kongsi untuk menjadi seorang yang berhati bersih tanpa sebarang kekotoran... n lastly saya nk igtkan blogger2 semua jauhilah sifat Dendam kerana ia akn mebakar diri.. biar orang buat kite tp jgn kita balas perbuatannya.. terimalah dengan hati yang ikhlas biar Tuhan membalas perbuatan org2 yang telah melukakan kita.

Wednesday, July 7, 2010

Dont Judge The book By it's Cover

hello.....
lame x update blog nie... rindu lak rase.......
ari nie de crite ckit.....

tajuk seperti diatas....

faham x maksud diatas??

ini la yg kite nk crite kan skrg...

kite slalu dengar peribahasa english nie kan... btol x???
so skrg.. saya try nk fahamkan lg meaning of that....
dont judge the book by its cover..... maksudnyer kita jgn menilai sesuatu buku itu melalui kulitnya tp hendaklah pada isi didalam nya.

peribahasa nie bkn nyer nk bgtaw cara2 nk bli buku tp die ade maksud tersendiri yg lebih dalam...
ini sya cerita berdasarkan pengalaman saya lah....
maksud yg saya cuba sampaikan ini ialah :

saya pernah menghadapi satu situasi dimana ade seorang perempuan yang terlalu suka untuk memburuk-burukan orang lain dalam erti kata lain mengumpat lah.....
orang ni dia selalu buruk-burukan rakan sekerja nya tp dia tidak tahu bahawa kalau dia memburuk-burukan orang lain akan membuatkan dirinya lagi bertambah buruk daripada orang yang diumpat.
tp bukan ini yg saya nk crita... cume saya akan kaitkan petikan diatas sebagai tajuk saya hari ini....

sebenarnya si pengumpat memberitahu saya segala-galanya perkara yang buruk-buruk tentang dotdotdot.... tp saya agak kurang untuk mempercayai kata-katanya walaupon pada waktu itu saya x kenal pown si pengumpat ni sebenarnye... si pengumapat telah membuatkan si dotdotdot itu dibenci ramai...kebanyakan orang semuanya mempercayai kata si pengumpat dan tidak selidik dengan betul. jd saya cube untuk cari bukti tentang kata-kata yang disampaikan oleh si pengumpat tp ternyata orang dotdotdot tidak melakukan ape-ape kesalahan pown.... si pengumpat ni yang mereka-reka cerita tentang si dotdotdot kerana mempunyai PHD (perasaan Hasad Dengki) dengan si dotdot... kerana si dotdot di naikkan pangkat kerana hasil usahanya sendiri.... tapi si pengumpat x dpt trime hakikat kerana terpaksa menjadi orang bawah kepada si dotdot.... si pengumpat nie cume harapkan muka sahaja lawa tp dalam Tuhan saja yang tahu....

kesimpulannya : kita jgn percaya pada kata-kata org lain sebaliknya selidik terlebih dahulu.. dan jangan nilai org yg cantik itu baik orgnyer sebaliknya kita harus selidik dahulu... seperti kita menilai buku biarlah pada isinya bukan pada kulitnya.. so kita jgn la judge si dotdot itu jahat kerana si dotdot 2 mempunyai maksud tersendiri untuk berbuat sesuatu yang lebih bermakna untuk dirinya dan orang lain.


sekian....

Sunday, January 11, 2009

LovE in DIFfeREnT LAngUagE

**English - I love you.

**Polish - Ja Kocham Ciebie

**French - Je T'aime

**Hindu - Hum Tumhe Pyar Karte Hae

**Czech - Miluji Te

**Slovakian - Lu'Bim Ta

**Italian - Ti Amo

**Ukrainian - Ya Tebe Kahayu


**German - Ish Libe Dish

**Chinese - Wo Ai Ni

**Greek - S'agapo

**Lithuianian - Tav Myliu

**Korean - Sa Rang Hae Yo

**Japanese - Ai Shi Te Ru

**Romanian - Te Ubsec

**Bosnian - Volim Te

**Albanian - Te Dua

**Filipino - Mahal Kita

**Spanish - Te Amo

KeiStiMeWaAn BuLaN KeLaHiRaN

orang kata tarikh lahir menggambarkan keperibadiaan seseorang...nak memastikan betul ke tak...cubela chek kat bwh ni...ader x persamaan dgn diri sndri...

JANUARY
Bercita-cita tinggi & orangnya serius
Sangat mudah melihat kelemahan orang lain & suka mengkritik
Rajin & semua yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Bersikap sensitive & berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali setelah dirangsang
Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
Badan yang sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantic tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk rumah
Setia pada segalanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Sikap cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARY
Berfikiran abstrak
Suka benda yang reality & abstrak
Intelligent, bijak & genius
Berpersonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu & rendah diri
Jujur & setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan lasak
Emosinya cepat terluka & sangat sensitive
Mdah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya
Sangat berani & suak memberontak
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan & ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan & sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantic pada dalaman tetapi tidak luaran
Berkecenderungan pada yang tahyul
Amat mudah & boleh menjadi terlalu boros
Perlu belajar untuk mempamerkan emosi

MARCH
Berpersonaliti yang menarik & menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu & pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah & mudah simpati
Sangat sensitive pada perkataan yang dituturkan & alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah & sangat amanah
Tahu balas budi & kenang budi
Pemerhatian & penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja & suka diberi perhatian yan sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dengan hiasan rumah tangga
Mempunyai bakat seni dalam bidang musik
Kecenderungan pada benda yang istimewa & baik
Tidak terlalu moody

APRIL
Sangat aktif & dinamik
Cepat buat kepustusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik & pandai manjakan diri
Mempunyai daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatic (pandai memujuk), berkawan & pandai
menyelesaikan masalah orang
Sangat berani & tiada perasaan takut
Saku adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun& pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Berkecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri & memotivasikan orang lain
Berpenyakit disekitar kepala &dada
Sangat cemburu

MAY
Keras hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Mempunyai perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotovasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik ( berdikari)
Suka berangan
Kuat daya firasat (memahami apa yang terlintas dihati orang lain
tanpa diberitahu)
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Pemikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan system pernafasan
Suka sastera, seni, muzik & melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak mempunyai ramai anak
Rajian & bersemangat tinggi
Agak boros

JUNE
Berfikiran jauh & berwawasan
Mudah ditawan kerana bersikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea & mood
*Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitive
Otaknya aktif ( sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap telalu memilih & mahukan yang terbaik
Cepat marah & cepat sejuk
Suka bercakap & berdebat
Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah & pandai berkawan
Sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat berasa bosan
Terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat sembuh apabila terluka hati
Suka barang berjenama
Mudah jadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
‘’sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi
sesiapa yang menegur adalah kawan saya"

JULY
Seronok didampingi
Banyak berahsia & sukar difahami terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali dirangsang
Ada harga diri & maruah diri
Tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah
apabila disusahkan
Mudah dipujuk & bersikap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam
Hati mudah terluka tetapi lambat sembuh
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tetapi sukar dilupakan
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Membimbing secara fizikal & mental
Sangat peka, caring & mengasihi serta penyayang
Memberi layanan yang serupa kepada semua orang
Tinggi daya simpati
Mempunyai pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian
Mudah & rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenang peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk rumah
Suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan
Tidak agresif
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk kalau tak kawal diet
Minta disayangi
Terlalu mengambil berat
Rajin dalam membuat kerja

AUGUST
• Suka berlawak
• Mudah tertawan kepadanya
• Sopan-santun & caring terhadap orang lain
• Berani & tidak tahu takut
• Tegas & bersifat kepimpinan
• Pandai pujuk orang lain
• Terlalu pemurah & ego
• Mempunyai harga diri yang tinggi
• Dahagakan pujian
• Ada semangat juang yang luar biasa
• Cepat marah & mudah mengamuk
• Mudah marah apabila cakapnya dilawan
• Sangat cemburu
• Daya pemerhatian yang tajam & teliti
• Cepat berfikir
• Fikiran yang berdikari
• Suka memimpin & dipimpin
• Suka berangan
• Berbakat dalam seni, hiburan & silat
• Sangat sensitive tetapi tidak mudah merajuk
• Mudah ditimpa penyakit
• Belajar untuk relaks
• Kelam-kabut
• Romantic, pengasih & penyayang
• Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan-santun & bertolak ansur
Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pemdiam tetapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, baik & mudah simpati
Sangat perihatin, terperinci, amanah, setia &jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sanagt sensitive yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Luka dihatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilaih pasangan
Suka benda yang luas
Bersistematik

OCTOBER
• Suka sembang
• Suka orang yang sayang padanya
• Suka ambil jalan mudah
• Sangat menawan & sopan-santun
• Tidak pandai berbohong & berpura-pura
• Mudah rasa simpati, baik & pentingkan kawan
• Sentiasa berkawan
• Hatinya mudah terusik tetapi ajukannya tidak lama
• Cepat marah macam pentingkan diri sendiri
• Tidak menolong orang kecuali diminta
• Suka melihat dari perspektif sendiri
• Tidak suka menerima pandangan orang lain
• Suka berangan &pandai bercakap
• Emosinya kelam-kabut (terutamanya perempuan)
• Suka melancong, bidang sastera & seni
• Pengasih, penyayang & lemah-lembut
• Romantic dalam percintaan
• Mudah cemburu
• Ambil berat tentang orang lain
• Suka kegiatan luar
• Degil
• Boros & mudah terpengaruh dengan persekitaran
• Mudah patah semangat

NOVEMBER
• Banyak idea dalam sesuatu perkara
• Sukar untuk memahami sikapnya
• Berfikiran kehadapan
• Berfikiran unik & bijak
• Penuh dengan idea-idea baru & luar biasa
• Pemikiran yang tajam
• Daya firasat yang sangat halus & tinggi
• Bagus untuk jadi doctor
• Cermat & teliti
• Personliti dinamik
• Sifat yang berahsia & pandai mencungkil rahsia
• Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
• Berani, pemurah, setia & banyak kesabaran
• Terlalu degil & keras hati
• Apabila hendak diusahakan, mestilah sehingga berjaya
• Tidak suka dimarah kecuali digugat
• Mudah ambil berat terhadap orang lain
• Pandai muhasabah diri
• Cara berfikir lain dari orang lain
• Otak yang tajam
• Pandai mendorong diri sendiri
• Tidak hargai pujian
• Kuat semangat & ada daya juang yang sangat tinggi
• Badan yang tough
• Kasih sayang & emosi yang sangat mendalam & romantic
• Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
• Suka duduk rumah
• Sangat rajin & berkemampuan tinggi
• Amanah, jujur, setia & pandai berahsia
• Tidak berapa berjaya mengawal emosi
• Bercita-cita tinggi
• Perangai tidak dapat dikawal & mudah berubah-ubah

DECEMBER
• Sangat setia & pemurah
• Bersikap patriotic
• Sangat aktif dalam permainan & pergaulan
• Sikap kurang sabar & tergesa-gesa
• Bercita-cita tinggi
• Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
• Seronok didampingi
• Suka bercampur dengan orang lain
• Suka dipuji, diberi perhatian & dibelai
• Sangat jujur, amanah & bertolak ansur
• Tidak pandai berpura-pura
• Cepat makan
• Perangai cepat berubah-ubah
• Tidak ego walaupun harga diri tinggi
• Benci pada kongkongan
• Suka berlawak
• Pandai buat lawak & berfikiran logic

Saturday, January 10, 2009

PaNdAnG DiRi Ke CeRmiN BeRmAkSuD??

kita selalu nampak kelemahan yang ada pada diri orang lain, tapi pernah ke kita fikir bahawa kita juga ada kelemahan tersendiri.kenapa kita suka mengkritik kelemahan orang lain sedangkan kita sendiri ade kelemahan tersendiri. mungkin orang orang itu lemah dalam bidang yang kita mahir tetapi sebenarnya orang itu lebih mahir daripada bidang yang kita x mahir atau kita sendiri tak boleh nak lakukan. so janganlah suka mengkritik kelemahan orang sebelum melihat diri kita di cermin.kita perlu tahu bahawa setiap makhluk yang dicipta oleh TUHAN itu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. jadi ingatlah jangan kita angkuh dan berlagak sombong soelah-olah di dalam dunia ini tiada yang lebih hebat daripada kita. amalan ini di lakhnat oleh tuhan malah kita juga akan di benci oleh orang, lama kelamaan kita akan terasa kekosongan dalam hidup kerana tiada sesiapa yang ingin mendekati kita. kalau rasa macam ada orang yang menjauhkan diri dari kita itu bermaksud kita ada berbuat slah dengannya atau ada menyakitkan hatinya. aku nasihatkan supaya korang pergi la minta maaf dengannya sebelum lebih ramai lagi yang membenci korang ok. kita boleh cakap tapi jangan sebarangan. kita kena menghormati orang lain. kalau ada yang terasa dengan apa yang aku tulis nie jangan lah marah erk. in hanya nasihat sekadar sebagai seorang sahabat yang baik.