Wednesday, December 18, 2019

Bagaimana nak ajar anak potty train dalam masa 2 minggu

Hai, Assalamualaikum semua.. apa kabar?

mesti ramai juga yang mengalami masalah bila nak ajar kanak kanak pee2 (kencing) and poo2 (berak) dalam toilet bowl dan selalunya ia mengambil masa 2 hingga ke 3 bulan dan ada juga yang mengambil masa selama setengah tahun dan setahun untuk mengajar anak2 menggunakan toilet.

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk ajar anak menggunakan toilet pada usia seawal 2 setengah tahun ke usia 4 tahun.

Ibu2 sekalian, anak anak kita akan bersedia untuk menggunakan toilet apabila mereka diajar dan di didik dengan cara yang betul. ramai ibu2 yang tidak tahu bagaimana cara mengajar anak menggunakan toilet bowl terutama sewaktu poo2 (buang air besar). ada juga ibu bapa yang serahkan bulat2 pada guru untuk mengajar anak mereka menggunakan toilet. ibu dan bapa sekalian, ingin saya katakan pada anda semua, anda org yg gagal jika anda serahkan semuanya pada pihak sekolah untuk menguruskan hal2 anak2 anda. Anak2 ini sebenarnya lebih memerlukan ibu bapa mereka untuk belajar perkara2 baru dalam hidup mereka kerana mereka akan lebih fokus bila mereka diajar oleh ibu bapa mereka sendiri. saya tidak ingin bercakap panjang jadi saya akan memberikan sedikit tips2 untuk potty train anak2 bermula di rumah.

CARA-CARA MENGAJAR POTTY TRAIN DALAM MASA (2 Minggu)

1. Belikan mereka toilet potty train yang menarik agar mereka merasa berani utk mencuba.

ini yang paling penting yang perlu ada untuk training. selalunya ibu2 akan menggunakan toilet direct utk anak2 dan secara x langsung anak2 akan berasa takut untuk menggunakan toilet bowl. ibu2 kene tahu toilet tersebut membuat mereka berasa tidak selesa dan takut untuk menggunakannya jadi dengan adanya toilet potty train yang sesuai untuk mereka barulah mereka berani untuk menggunakannya terutama sekali sewaktu poo2. saya menggunakan toilet potty train ini sewaktu mereka ingin poo2 sahaja. sewaktu pee2 saya tidak menggunakan ini. 
contoh toilet potty train yang saya gunakan untuk training anak saya :

2 . selalu pesan dan beri semangat

apa yang saya maksudkan dengan pesan dan beri semangat dengan berkata kepada mereka bahawa toilet adalah tempat yang sesuai untuk pee2 and poo2 
contoh : “ syafik kalau nak poo2 nanti bagitahu mama ye sebab syafik dah besar kene belajar pee2 n poo2 dlm toilet, mama sayang syafik, mama x nak syafik sakit kalau pee2 dan poo2 dalam pampers” 
terangkan kepada mereka kenapa mereka tidak boleh menggunakan pampers utk pee2 dan poo2 dengan menggunakan nada suara yang rendah dan lembut.

3. Setiap 10minit bawa anak ke toilet

anak2 masih lagi tidak biasa apabila ibu bapa tanggalkan pampers meraka, kadang kala mereka akan terlepas sebelum sempat ke toilet ada juga yang tidak mahu bercakap. jadi ibu bapa perlualah kerap bawa mereka ke toilet setiap 10 minit dan ia akan mengambil masa 3 hari utk train.

3. Sorokkan pampers 

anak2 akan mencari pampers mereka sendiri jika mereka takut untuk menggunakan toilet. jadi ibu2 sorokkanlah di tempat yang mereka susah cari dan tempat yang mereka x dapat lihat.

4. ucapakan tahniah buat mereka jika mereka berjaya menggunakan toilet bowl

anak2 kita lebih bersemangat menggunakkan toilet jika mereka berjaya menggunakanya.. sound funny tapi itulah reality anak2 kita akan belajar dan terus belajar. dan mereka juga layak mendapat pujian daripada kita. 

ini sahaja caranya untuk mengajar mereka menggunakan toilet asalkan ibu bapa terus menasihati mereka sehinggalah mereka benar2 rasa yakin dengan diri mereka. ibu2 tidak boleh cepat berputus asa jika anak2 masih tidak mahu menggunakan toilet bowl direct dan teruskan beri semangat buat mereka untuk menggunakannya kerana ia tidak mengambil masa panjang jika ibu bapa berjaya beri semangat pada mereka tanpa berputus asa.

sekian sahaja penulisan saya untuk kali ini.. berjumpa lagi di update seterusnya berkenaan dengan persekolahan memandangkan sekolah bakal buka tidak lama lagi 😄 

Assalamualaikum bye 👋🏼 

No comments:

Post a Comment