Aku memilih april untuk ke istanbul kerana pada bulan april di istanbul ibarat syurga bunga tulips π· dan seluruh istanbul dipenuhi dengan bunga tulips even kat tepi jalan pon korang akan nampak bunga tulips yang macam2 warna dan pelbagai jenis tulips yang ada kat sana dan sememangnya cantik dan seronok sangat2. selain tu, april ni kira musim spring and of course aku pilih cuaca sejuk dan nyama kalau nak jalan kat overseas almaklumlah kat malaysia ni nak jumpe kat genting jelah kan π
ok lah masa aku kesana aku naik flight Turkey Airline dan perjalanan ke sana dalam 11 jam macamtu so aku ambil flight malam pkul 10 malam kalau x silap aku tapi waktu malam lah dari malaysia dan sampai sana pukul 7 pagi. sampai je kat sana dah ada tour guide aku org turkey tunggu kat sana. aku guna private tour guide so harga dia korang faham2 jelah kan and transport dia bagi pon besar n selesa.
ni bukan Bus tau, ni mercedes van yang boleh duduk 10 orang dan aku pulak pegi sana 4 org je.. so bebas la nak duduk mana2 pon x berebut dengan org π
so kami pon teruskan perjalanan ke hotel utk check in and surprisingly hotel tu sangat2 biasa macam hotel xde bintang kalau kat malaysia ni so unexpected hotel yang diberi oleh agensi sebegini rupanya. so x nak lah post gambar2 hotel sb mmg biasa2 je and kalu korang nak tahu kat sana memang hotel dia kebanyakkan lebih kurang sama je so mana2 korang duduk pon sama je bentuknya tapi korang pilihlah hotel yang lebih dekat dengan town supaya senang korang nak kluar makan. so hotel yang aku menginap ni kira dalam town jugak tp kalau nak ke town tu ambil masa 5 ke 10 minit utk sampai menggunakan transport ye.. sebab kat istanbul ni jalan mereka boleh tahan juga jamm nya...
after check in terus ke BLUE MOSQUE
Blue Mosque ni Masyaallah cantik sangat dan apa yang menarik adalah penceritaan tentang terbinanya masjid biru ni.. masjid biru ni ada sejarah dia dan kenapa ia dibina. Aku cerita sikit la ye kalau korang nak tahu boleh terus baca atau x nak baca boleh SKIP 1
so sejarahnya terbina masjid biru ni adalah kerana pada zaman dulu kerajaan turkey yang ditakluk oleh kerajaan penganut kristian telah kalah dan rakyat negara turkey telah memilih kerajaan baru mereka iaitu sultan Ottoman yang merupakan kerajaan islam untuk memimpin negara mereka dan kebanyakkan Church di turkey dirobohkan dan satu satunya church yang mereka tidak boleh robohkan iaitu Church Hagia Sophia dan mereka tukarkan Hagia Sophia menjadikan masjid tapi masih lagi tidak boleh solat dalam hagia sophia kerena terlalu banyak sangat gambar2 patung christian yang dikatakan pari-pari untuk kepercayaan penganut beragama christian dan mereka cuba untuk memadamkan gambar2 tersebut tapi terlalu banyak dan banyak peralatan dan kos yang perlu digunakan utk memecahkan gambar gambar tersebut. so sultan ottoman membina sebuah masjid yang berhadapan dengan Hagia sophia dan diberi nama BLUE MOSQUE.
dan seterusnya kami ke hagia sophia dimana church yang bertukar menjadi masjid
Hagia Sophia terletak berdekatan dengan blue mosque dimana korang boleh berjalan sekitar 2-3 minit dari blue mosque ke hagia sophia. dalam perjalanan ke hagia sophia terdapat tempat untuk korang boleh ambil gambar atau bersuafoto dengan pemandangan yang cantik dan indah tambah pula dengan cuaca sejuk nyama gitu memang selfie je lah kan so apa lagi aku dengan famili aku pon bergambarlah dengan pemandangan cantik tu.
berhadapan blue mosque |
Hagia sophia |
taman berhadapan blue mosque |
interior Hagia sophia |
pari pari yang diperbuat menggunakan tiles |
berhadapan pintu masuk hagia sophia |
sepatutnya pada hari yang sama aku pergi ke topkapi palace tapi disebabkan kepenatan yang terlampau dan mak ayah aku pon dah tak larat nak jalan biasalah bila kita pergi dengan mak ayah kita so kenelah kita ikotkan mereka. topkapi palace ni juga berdekatan dengan hagia sophia dan blue mosque tapi kene naik bukit tinggi sikit lah tp x tinggi sangat laa bagi aku tapi bagi golongan berusia mungkin sakit juga nk naik bukit tu..
itu je utk entri kalini lepas ni aku sambung lagi untuk part 2 trip ke istanbul dimana pengalaman aku ke emirgan park tulips π·
sekian, Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment