Assalamualaikum semua..
Apa yang saya ingin kongsikan kali ini tentang ragam anak yang pertama kali ke sekolah.. apa yang saya kongsi ini adalah berdasarkan pengalaman saya menghantar anak saya IMAN ke sekolah..
saya telah mendaftarkan anak saya iman ke playshool pada usia seawal 2tahun setengah.. dan sekolah tersebut juga ada memberikan trial untuk kanak-kanak yang pertama kali ke sekolah..
pada hari pertama iman ke sekolah, iman menangis meraung-raung bila saya tinggalkan dia dan saya juga mendapat info dari guru berkata iman kerap menangis mencari ibunya menangis berhenti sekejap dlm 10minit dan menangis kembali dan iman juga tidak mahu makan mahupun minum susu yang dibuat oleh cikgunya dan iman juga tidak mahu langsung join aktiviti yang disediakan.. itulah yang terjadi pada hari pertama iman kesekolah.. pada hari yang kedua, sebelum saya hantar iman ke sekolah, saya bawa iman bermain-main di playground bagi mendatangkan mood yang ceria dan aktif di waktu pagi tapi setelah dia tengok pintu skolah dia menangis semahunya dan saya kuatkan juga diri utk tinggalkan iman di sekolah.. apa yang saya dapati dari cikgu iman utk hari kedua persekolahan, iman tidak menangis selepas tidak melihat saya lagi dan dia mula untuk mahu join rakan sekelas melakukan aktiviti yang disediakan.. leganya hati saya bila diberitahu sedemikian tapi iman tetap menangis bila saya datang menjemput iman di sekolah 😅 mungkin sebab masih baru lagi..
selepas saya dapati iman mempunyai symtome takut ditinggalkan dan takut saya tidak kembali mengambilnya, saya berusaha utk jadi ibu yang kuat utk iman dan saya kumpul banyak info tentang kanak2 yang tak mahu kesekolah ni.. ape yang saya dapati banyak perkara yang saya perlu lakukan utk iman agar iman berasa sekolah adalah tempat yang selamat dan tempat yang menyeronokkan..
antara PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN oleh setiap ibu bapa yang mengalami situasi seperti anak saya : -
1. IBU BAPA PERLU KUAT DARI SEGI MENTAL, kerana anak akan menjadi lebih kuat jika emosi ibubapa mereka kuat menghadapi situasi mereka.
2. ABAIKAN sahaja TANGISAN anak anda, kerana anak anda akan mula diam setelah anda berlalu pergi meninggalkan mereka. anda tidak perlu risaukan keadaan anak anda kerana cikgu-cikgu disekolah tahu bagaimana utk handle anak anda..
3. PASTIKAN SEKOLAH TERSEBUT SEKOLAH TERBAIK UNTUK ANAK. anda perlu pastikan ciri-ciri yang ada disekolah anak anda adalah seperti yang anda mahukan. contohnya : guru yang mesra, sekolah yang cantik dan silibus yang ditawarkan menarik untuk pembelajaran anak anda. dan anda perlulah usaha mencari sekolah-sekolah yang menarik mengikut bajet anda..
4. BANYAKKAN BERCERITA yang POSITIF tentang dunia persekolahan pada anak anda kerana anak akan lebih berminat untuk kesekolah bila ibu bapa sering bercerita perkara2 yang menyeronokkan yang berlaku di sekolah.
5. BERIKAN HABUAN kepada anak anda yang mahu kesekolah contohnya berikan ice cream sewaktu menjemput anak ke sekolah. anak akan menjadi lebih excited untuk kesekolah esok hari kerana ibubapa akan melayani mereka sekiranya mereka pergi ke sekolah..
6. SENTIASA BERTANYA pada anak anda aktiviti yang mereka lakukan disekolah supaya mereka berasa seronok dapat berjumpa dengan rakan2 mereka di sekolah..
7. JANGAN PONTENGKAN SEKOLAH MEREKA kerana ini akan membuatkan mereka tidak mahu terus ke sekolah dan mereka akan mencari berbagai alasan supaya tidak dihantar ke sekolah..
8. BERDOALAH pada Yang Maha Esa supaya hati anak akan menjadi lembut dan ingin kesekolah lagi. Doa ibu pada anak pasti dimakbulkan..
9. JIKA anak MASIH kerap menangis ke sekolah BERLARUTAN selama 2minggu, bawalah mereka berjumpa pakar kaunseling atau pakar kanak2, dikuatiri mereka mengalami masalah kemurungan dan membahayakan diri mereka.
buat masa ini, ini sahaja yang saya perolehi dari sumber2 yang boleh saya percayai dan anda bolehlah mencubanya.. pastikan anda kuat supaya anak anda bersemangat utk ke sekolah lagi.. saya juga akan melakukan sedemikian demi menghasilkan anak yang tinggi nilai murni serta pintar dalam akademik.
No comments:
Post a Comment