Thursday, November 29, 2012

student life and working life


umur semakin lama semakin meningkat. begitulah juga dengan zaman.. zaman semakin lama semakin modern. dunia dahulu berbeza dengan dunia sekarang, dulu aku student skrg aku kene keje carik duit nak isi perut and hidup senang.. Tapi skrg bkn nak citer pasal duit ke dunia ke atau perut kosong tapi citer hari nie berkenaan dengan peredaran zaman.

semua orang merasa zaman persekolahan tp bukan semua orang dapat rasa zaman universiti... hidup mmg berbeza lagi2 zaman belajar U.. masa belajar asik tension pasal assignment laa exam laa final projek laa n macam2 lah...tapi semua 2 akan jadi kenangan paling terindah dalam hidup dan kenangan tu takkan dilupakan seumur hidup... zaman sekolah berbeza dengan zaman belajar U... dulu masa skolah enjoy je lebih.. belajar pown xde la focus mane pon asik ingat nak main je... naik main layang2 la, lumba lari laa itu laa ini laa macam lah. name pown budak skolah, ape lagi main je la kann... hehe tapi bler dah abis skolah cabaran pown bermula....

dalam dunia pekerjaan ni die ade 2 perkara je iaitu sama ada :-
1. U follow ME (anda seorang boss)
              @
2. I follow U (anda seorang pekerja)

U follow Me.. bace pown dah taw.. maksudnye Kamu ikut arahan Saya... waktu jadi boss memey la best TAPI sebenarnye orang yang tidak menjadi boss nie x taw bertapa beratnye kerja sebagai seorang boss.. boss boleh jatuh pada bila2 masa sahaja sekiranya terleka.. selalunya orang akan pandang boss nie x banyak kerja and banyak rehat. sebenarnya pandangan 2 salah.. Boss nie kerjanye lebih berat dari pekerja, boss nie kalau boleh die nak berkerja 24jam tapi disebabkan perlu menjaga kesihatan jadi tak de lah sampai 24jam.. boss perlu bekerja mental dan  fizikal.. sebagai seorang boss, dia perlu mempunyai ilmu yang tinggi, kalau xde ilmu dia takkan boleh menjadi boss punya. bekerja dari segi mental bermaksud ( berfikir bagaimana untuk menghasilkan untung kepada syarikat, menitikberatkan pekerja supaya pekerja x lari mencari kerja lain, menghasilkan idea untuk syarikat, mengembangkan syarikat dan bermacam masalah yang perlu difikirkan seperti masalah kerugian dan lain-lain) inilah boss.. tidak menang tangan untuk hadapi semua nie dan dari situ mulanya ARAHAN.. ape yang diarah akan akan dilaksanakan oleh orang lain(pekerja) untuk itu ia dapat mengurangkan beban boss tersebut.  Dari segi Mental pula bermaksud (Turun Padang) faham tak maksud turun padang?? turun padang nie mksudnye kita g kat padang pastu turun la... haha gurau je... turun padang bermaksud berkerjasama dengan pekerja.. jadi boss nia sebenarnya bekerjasama dengan pekerja tanpa kita sedari. jadi tolonglah hargai boss anda dan berbaktilah pada boss anda kerana x rugi pown kalau berbakti pada orang lain sebabnya kita juga akan merasainya suatu hari nanti jika kita ade impian nak jadi boss lah... tp klo xde just forget it.. Orang yang xde impian adalah orang yang malas berusaha dan tidak mahu berusaha..  so mulai skrg carilah impian kita.. setiap manusia perlu ada impian yang ingin dicapai barulah hidup akan berjaya.

ok cukup untuk U follow me skrg masuk yang ke 2 pulak I follow U..  i follow salleh yakob haha.. mcm 2 lah lebih kurang haha....  xde lah.. just joke..  i follow u bermaksud  saya bekerja mengikut arahan kamu. kita bekerja makan gaji yang dibayar jadi kenalah ikut arahan boss, apa yang dipinta itulah yang akan dilakukan oleh pekerja. kadang2 rasa marah sangat sebab kene ikot arahan dari boss. boss suruh buat 2 la buat ni laa... semuanya nak suruh kita buat. tapi sebenarnya bukanlah sengaja boss 2 minta kita buat itu ini tapi kita ni pekerja kene la ikot kalau arahan yang diberikan tidak diluar bidang kita, tapi kalau nak buat luar bidang pown boleh jugak yang penting berkaitan kerja. itu adalah 1 advantage yang kita boleh buat untuk boss. boss akan lebih menghargai pekerja yang susah nak dapat seperti (rajin, bijak, sanggup melakukan demi syarikat, jujur, amanah) ni antara sikap yang dipilih dan dipuji oleh boss.. kalau ade orang yang mempunyai ciri2 macam yang diatas, pasti susah boss nak lepaskan sebab pekerja yang diasanjung adalah perkerja yang berbakti pada syarikat. time 2 kau mintak ape pown boss sanggup bagi janji kau tak minta berhenti kerja. itulah paling ditakuti boss kerana akan kehilanggan pekerja yang sanggup lakukan apa sahaja tanpa berkira dan dengan kerelaan hati. tapi susah nak cari pekerja mcm 2... dalam 1000 belum tentu ada 1. so jadilah pekerja yang disayangi oleh boss. kerja tepat masa dan lebih masa dengan ikhlas...

itulah bezanya kalau belajar dan bekerja.....  BELAJAR LEBIH INDAH DARI BEKERJA...  belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi boss dan pekerja yang cemerlang... ^_^

itu saja untuk post hari ni.... dan mungkin akan ada lagi topik menarik.. jangan lupa baca... sama2lah kita berubah demi kebaikan diri sendiri.. ASSALAMUALAIKUM...  Peace yooo.. haha ala2 ac mizal gitu..

Saturday, July 14, 2012

kesusahan + kesedihan = kesenangan + kegembiraan

ade cerita sedih yg ingin aku nak kongsi bersama.. nak taw ape die??  ermm ia berkaitan kesusahan, kesedihan, kegembiraan dan kesenangan..

orang selalu kata kesedihan itu akan berakhir dengan kegembiraan dan sebaliknya... btol ke?? apa2 pown itu sume ialah kenikmatan di dunia.. semua orang mempunyai kisah sedih dan kisah gembira...  macam aku pula sebuah kisah sedih yang berakhir dengan kegembiraan...

ceritanya bermula sebelum 4 tahun yang lalu...

aku seorang pelayan di restoran secret recipe... pada waktu itu keluarga aku sangat susah kerana ayah dan ibu aku tidak bekerja dan aku punya 4 adik beradik yang perlu diberi makan..  ayah aku berhenti kerja disebabkan alasan tertentu.. manakala ibu aku suri rumah sepunuh masa... sebelum bekerja di restoran tersebut, aku adalah pelajar lepasan SPM.. jadi aku nekad nak cari kerja utk bantu keluarga aku.. jadi jumpalah 1 kerja di secret recipe...

Dugaan pertama

pada hari pertamaku bekerja, aku dikehendaki mendapatkan suntikan typhoid.. Typhoid ke..? ntah aku pown x pasti suntikan ape tp yg aku dengar typhoid lah... aku minta tolong ayahku membawa aku ke klinik DBKL yang berdekatan untuk mendapatkan suntikan tersebut. sewaktu dalam perjalanan ke klinik tersebut enjin keretaku tiba2 mati... aku dan ayah pon terperanjatlah.. "alamak.. minyak habis lah pulak" kata ayah.. nasib baik la pump station tak jauh dari tempat keretaku mati.. ayah pown pegilah beli minyak kereta.. kesian aku tgk ayah aku dan hati berkata "Ya Allah Permudahkanlah segala urusanku dan keluargaku Ya Allah"  sekembalinya ayah membawa petrol berisi dalam botol lalu dituang kedalam tangki minyak tersebut dan meneruskan perjalananku sampai ke destinasinya.

Dugaan ke 2

maklumlah orang baru kerja memang tak taw nak buat kerja. kerja sbg pelayan, faham2 je lah kan.. kene hantar makanan jadi aku nie buatlah kerja aku... pada suatu hari itu mungkin nasib aku kurang baik pada waktu tu, aku sedang menghantar 2 gelas air ke pelanggan tapi belom sampai ke pelanggan, dulang yang aku pegang tersebut terlangar pintu dan 2 gelas air tersebut tumpah dengan serta-merta... Jadi.. biasalah akulah yang salah dan akulah perlu gantikan air tersebut.. harga air tersebut bernilai RM 8.90 utk segelas...  aku pergi kerja tanpa sesen pown didalam poket aku.. jadi ape yang aku harus buat, aku jd buntu dan aku tak akan meminjam duit dari ibu dan ayh aku sebab aku taw ibu dan ayah aku pasti marah dengan kecuaian aku. jadi aku bertindak untuk meminjam duit dari teman sekerja tapi malangnya tiada siapa yang ingin membantu aku... biasalah aku hanya budak baru kerja dan tak mungkin ade orang yang akan percaya dengan aku pada masa singkat. tapi hati tetap rasa sedih.. sedangkan makan minumku dibawa dari rumah dan hari-hari sambal ikan bilis menjadi laukku untuk makan pada waktu rehat..  aku masih terfikir bagaiman untuk aku membayar duit air tersebut... dan akhirnya tiada sesiapa pown yg sudi membantu aku... aku menangis dengan penuh hiba... dimana harus aku dapatkan wang untuk membayar air tersebut.. jalan terakhir aku adalah meminjam duit dari ibu ku... pada waktu aku ingin luahkan kata2 untuk meminjam wang tersebut, air mataku tiba2 mengalir di hadapan ibuku dan mulut terkunci untuk mengakui kesalahan dan kekesalanku... melihat wajah ibu dan ayah membuat aku menjadi bertambah sedih atas kesusahan yang sedang dialami... tapi aku terpaksa juga membuka mulut dan menceritakan hal sebenar kepada kedua org tua ku.. tanpa dimarahi, ibuku menghulurkan wang untuk membayarnya. air mata terus mengalir tanpa hanti tangan yang ingin menerima wang tersebut menjadi keras disisi.. aku rase serba salah sangat pada waktu itu. dek kerana air tersebut, terpaksalah kami sekeluarga makan sambal kosong tanpa lauk. aku berjanji pada diri untuk memberikan kesemua gaji pertamaku untuk ibuku.

Dugaan Ke 3

aku diarahkan bekerja di bahagian dapur.. "alamak kene masaklah pulak, aku dah la x pandai masak" hurmm nak tak nak kene jugalah buat..  aku pown mulakan tugas dengan merebus spegetti.. haaa... nak taw pe jadi?  setelah spegetti itu selesaai direbus aku perlulah tuangkannya ke dalam bakul.... dengan sepennuh tenaga aku pown angkat periuk yang besar dan panas tu lalu mencurahkan ke tanganku sendiri "arghhhh tidakkkk..." tanganku melecur kerana curahan air panas tersebut...  sebenarnya aku x larat nak angkat periuk 2 tp x de orang pown nak tolong aku angkat.. huaaaaaaa'''''' tanganku melecur....  dan ape lagi MC 1 hari gara2 tangan melecur...  selepas tangan melecur kepala pulak naik pitam macam nak pengsan aku dibuatnya... hurrmmm dugaan lagi.... dalam hati berkata "apalah nasib aku kerja kat sini"... hehehe

Dugaan Ke 4

waktu menerima gaji tiba... gaji yang dijanjikan padaku Basic RM400 + OT + elaun = Rm800 tapi aku hanya dapat RM556 utk sebulan aku bekerja. dengan hati yang redha aku berhenti kerja dan memasang niat untuk menyambung pelajaran ke tingkat 6...  gaji yang diterima semuanya ku hulurkan kepada ibuku.. itulah yang mampu aku berikan pada keluargaku... apa yang penting kami cukup makan dan tidak berada dalam kelaparan... itu sudah cukup Alhamdulillah...


itulah dugaan aku sewaktu bekerja mencari rezki... :) hmm... bila diingat kembali memang perit kerana kenangan indah langsung tiada sewaktu bekerja... tapi nak buat camne.. itulah dugaan aku.. tp sebenarnya itu bukan kenangan pahit buat diriku kerana itulah pengalaman manis utk aku.. Kini segala kepahitan, kesedihan dan kesusahan aku telahpun berakhir dan  aku dan kelurga telah berjaya menempuhi segala dugaan dan Allah memberikan ganjaran kenikmatan, kesenangan, kegembiraan dan kebahagian kepada kelurgaku...  Alhmadulillah syukur nikmat Allah..