Wednesday, December 25, 2019

Travel To Istanbul Turkey Part 1

Assalamualaikum Hai guysss....  Harini saya nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang menarik di istanbul..

Aku memilih april untuk ke istanbul kerana pada bulan april di istanbul ibarat syurga bunga tulips 🌷 dan seluruh istanbul dipenuhi dengan bunga tulips even kat tepi jalan pon korang akan nampak bunga tulips yang macam2 warna dan pelbagai jenis tulips yang ada kat sana dan sememangnya cantik dan seronok sangat2. selain tu, april ni kira musim spring and of course aku pilih cuaca sejuk dan nyama kalau nak jalan kat overseas almaklumlah kat malaysia ni nak jumpe kat genting jelah kan 😆

ok lah masa aku kesana aku naik flight Turkey Airline dan perjalanan ke sana dalam 11 jam macamtu so aku ambil flight malam pkul 10 malam kalau x silap aku tapi waktu malam lah dari malaysia dan sampai sana pukul 7 pagi. sampai je kat sana dah ada tour guide aku org turkey tunggu kat sana. aku guna private tour guide so harga dia korang faham2 jelah kan and transport dia bagi pon besar n selesa.

ni bukan Bus tau, ni mercedes van yang boleh duduk 10 orang dan aku pulak pegi sana 4 org je.. so bebas la nak duduk mana2 pon x berebut dengan org 😁

so kami pon teruskan perjalanan ke hotel utk check in and surprisingly hotel tu sangat2 biasa macam hotel xde bintang kalau kat malaysia ni so unexpected hotel yang diberi oleh agensi sebegini rupanya. so x nak lah post gambar2 hotel sb mmg biasa2 je and kalu korang nak tahu kat sana memang hotel dia kebanyakkan lebih kurang sama je so mana2 korang duduk pon sama je bentuknya tapi korang pilihlah hotel yang lebih dekat dengan town supaya senang korang nak kluar makan. so hotel yang aku menginap ni kira dalam town jugak tp kalau nak ke town tu ambil masa 5 ke 10 minit  utk sampai menggunakan transport ye.. sebab kat istanbul ni jalan mereka boleh tahan juga jamm nya... 

after check in terus ke BLUE MOSQUE 
  
Blue Mosque ni Masyaallah cantik sangat dan apa yang menarik adalah penceritaan tentang terbinanya masjid biru ni.. masjid biru ni ada sejarah dia dan kenapa ia dibina. Aku cerita sikit la ye kalau korang nak tahu boleh terus baca atau x nak baca boleh SKIP 1  
so sejarahnya terbina masjid biru ni adalah kerana pada zaman dulu kerajaan turkey yang ditakluk oleh kerajaan penganut kristian telah kalah dan rakyat negara turkey telah memilih kerajaan baru mereka iaitu sultan Ottoman yang merupakan kerajaan islam untuk memimpin negara mereka dan kebanyakkan Church di turkey dirobohkan dan satu satunya church yang mereka tidak boleh robohkan iaitu Church Hagia Sophia dan mereka tukarkan Hagia Sophia menjadikan masjid tapi masih lagi tidak boleh solat dalam hagia sophia kerena terlalu banyak sangat gambar2 patung christian yang dikatakan pari-pari untuk kepercayaan penganut beragama christian dan mereka cuba untuk memadamkan gambar2 tersebut tapi terlalu banyak dan banyak peralatan dan kos yang perlu digunakan utk memecahkan gambar gambar tersebut. so sultan ottoman membina sebuah masjid yang berhadapan dengan Hagia sophia dan diberi nama BLUE MOSQUE. 







dan seterusnya kami ke hagia sophia dimana church yang bertukar menjadi masjid 

Hagia Sophia terletak berdekatan dengan blue mosque dimana korang boleh berjalan sekitar 2-3 minit dari blue mosque ke hagia sophia. dalam perjalanan ke hagia sophia terdapat tempat untuk korang boleh ambil gambar atau bersuafoto dengan pemandangan yang cantik dan indah tambah pula dengan cuaca sejuk nyama gitu memang selfie je lah kan so apa lagi aku dengan famili aku pon bergambarlah  dengan pemandangan cantik tu. 






berhadapan blue mosque

Hagia sophia

taman berhadapan blue mosque


interior Hagia sophia




pari pari yang diperbuat menggunakan tiles

berhadapan pintu masuk hagia sophia

interior di hagia sophia memang boleh buat korang terkejut sebab gambar gambar yang terdapat dalam hagia sophia semuanya menggunakan tiles dan tak boleh nak cat je untuk hilangkan gambar pari pari tu.

sepatutnya pada hari yang sama aku pergi ke topkapi palace tapi disebabkan kepenatan yang terlampau dan mak ayah aku pon dah tak larat nak jalan biasalah bila kita pergi dengan mak ayah kita so kenelah kita ikotkan mereka. topkapi palace ni juga berdekatan dengan hagia sophia dan blue mosque tapi kene naik bukit tinggi sikit lah tp x tinggi sangat laa bagi aku tapi bagi golongan berusia mungkin sakit juga nk naik bukit tu..


itu je utk entri kalini lepas ni aku sambung lagi untuk part 2 trip ke istanbul dimana pengalaman aku ke emirgan park tulips 🌷  
sekian, Assalamualaikum 


Wednesday, December 18, 2019

Bagaimana nak ajar anak potty train dalam masa 2 minggu

Hai, Assalamualaikum semua.. apa kabar?

mesti ramai juga yang mengalami masalah bila nak ajar kanak kanak pee2 (kencing) and poo2 (berak) dalam toilet bowl dan selalunya ia mengambil masa 2 hingga ke 3 bulan dan ada juga yang mengambil masa selama setengah tahun dan setahun untuk mengajar anak2 menggunakan toilet.

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk ajar anak menggunakan toilet pada usia seawal 2 setengah tahun ke usia 4 tahun.

Ibu2 sekalian, anak anak kita akan bersedia untuk menggunakan toilet apabila mereka diajar dan di didik dengan cara yang betul. ramai ibu2 yang tidak tahu bagaimana cara mengajar anak menggunakan toilet bowl terutama sewaktu poo2 (buang air besar). ada juga ibu bapa yang serahkan bulat2 pada guru untuk mengajar anak mereka menggunakan toilet. ibu dan bapa sekalian, ingin saya katakan pada anda semua, anda org yg gagal jika anda serahkan semuanya pada pihak sekolah untuk menguruskan hal2 anak2 anda. Anak2 ini sebenarnya lebih memerlukan ibu bapa mereka untuk belajar perkara2 baru dalam hidup mereka kerana mereka akan lebih fokus bila mereka diajar oleh ibu bapa mereka sendiri. saya tidak ingin bercakap panjang jadi saya akan memberikan sedikit tips2 untuk potty train anak2 bermula di rumah.

CARA-CARA MENGAJAR POTTY TRAIN DALAM MASA (2 Minggu)

1. Belikan mereka toilet potty train yang menarik agar mereka merasa berani utk mencuba.

ini yang paling penting yang perlu ada untuk training. selalunya ibu2 akan menggunakan toilet direct utk anak2 dan secara x langsung anak2 akan berasa takut untuk menggunakan toilet bowl. ibu2 kene tahu toilet tersebut membuat mereka berasa tidak selesa dan takut untuk menggunakannya jadi dengan adanya toilet potty train yang sesuai untuk mereka barulah mereka berani untuk menggunakannya terutama sekali sewaktu poo2. saya menggunakan toilet potty train ini sewaktu mereka ingin poo2 sahaja. sewaktu pee2 saya tidak menggunakan ini. 
contoh toilet potty train yang saya gunakan untuk training anak saya :

2 . selalu pesan dan beri semangat

apa yang saya maksudkan dengan pesan dan beri semangat dengan berkata kepada mereka bahawa toilet adalah tempat yang sesuai untuk pee2 and poo2 
contoh : “ syafik kalau nak poo2 nanti bagitahu mama ye sebab syafik dah besar kene belajar pee2 n poo2 dlm toilet, mama sayang syafik, mama x nak syafik sakit kalau pee2 dan poo2 dalam pampers” 
terangkan kepada mereka kenapa mereka tidak boleh menggunakan pampers utk pee2 dan poo2 dengan menggunakan nada suara yang rendah dan lembut.

3. Setiap 10minit bawa anak ke toilet

anak2 masih lagi tidak biasa apabila ibu bapa tanggalkan pampers meraka, kadang kala mereka akan terlepas sebelum sempat ke toilet ada juga yang tidak mahu bercakap. jadi ibu bapa perlualah kerap bawa mereka ke toilet setiap 10 minit dan ia akan mengambil masa 3 hari utk train.

3. Sorokkan pampers 

anak2 akan mencari pampers mereka sendiri jika mereka takut untuk menggunakan toilet. jadi ibu2 sorokkanlah di tempat yang mereka susah cari dan tempat yang mereka x dapat lihat.

4. ucapakan tahniah buat mereka jika mereka berjaya menggunakan toilet bowl

anak2 kita lebih bersemangat menggunakkan toilet jika mereka berjaya menggunakanya.. sound funny tapi itulah reality anak2 kita akan belajar dan terus belajar. dan mereka juga layak mendapat pujian daripada kita. 

ini sahaja caranya untuk mengajar mereka menggunakan toilet asalkan ibu bapa terus menasihati mereka sehinggalah mereka benar2 rasa yakin dengan diri mereka. ibu2 tidak boleh cepat berputus asa jika anak2 masih tidak mahu menggunakan toilet bowl direct dan teruskan beri semangat buat mereka untuk menggunakannya kerana ia tidak mengambil masa panjang jika ibu bapa berjaya beri semangat pada mereka tanpa berputus asa.

sekian sahaja penulisan saya untuk kali ini.. berjumpa lagi di update seterusnya berkenaan dengan persekolahan memandangkan sekolah bakal buka tidak lama lagi 😄 

Assalamualaikum bye 👋🏼