saya merupakan pengguna yang mengamalkan suppliment cod liver oil setiap hari dan mengamalkannya seisi keluarga. Apa yang saya dapati, memang betul khasiat yang terdapat dalam cod liver oli sangat tinggi dan baik untuk diamalkan dalam kehidupan seharian..
selain daripada itu, cod liver oil juga mudah didapati dia seluruh farmasi yang ada di malaysia dan luar negara dan harganya sangat berpatutan dan bagi saya ia murah.
antara kebaikan - kebaikan yang ada pada cod liver oil
1. tinggi DHA (omega 3)
- siapa je yang tidak tahu apa itu DHA kalau tidak berkaitan dengan otak kita.. DHA yang tinggi dalam badan kita boleh menjadikan seseorang itu mempunyai otak yang cergas, mudah mempelajari dan daya ingatan yang kuat. saya mengamalkan cod liver oil pada anak saya dari umurnya 2 tahun sehingga kini dan terbukti ramai yang memuji kepintaran anak saya yang petah bercakap, selain itu anak saya juga telah mengenali huruf, nombor dan juga warna. bukan saya nak bangga diri tapi saya inginkan semua juga mengamalkannya pada anak-anak mereka dan lihatlah sendiri perbezaan sebelum dan selepas mengamalkannya.
saya menggunakan cod liver oil brand seven seas kerana ia syrup yang mudah diberi pada anak anak rasanya yang tidak terlalu kuat dan anak mudah utk menerimanya.
2. Menguatkan antibody
- cod liver oil juga mampu meningkatkan antibody atau in english booster for antibody. ia mampu membuat kita berasa sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang hari dan tidak mudah dijangkiti penyakit. dan sekiranya anda mudah dijangkiti virus anda PERLU ambil cod liver oli ia benar-benar berkesan. anak saya sebelum mengamalkan cod liver oil ni, anak saya sering sakit dan sering masuk hospital gara gara jangkitan kuman. Alhamdulillah lepas mengamalkannya, anak saya sihat sepanjang masa dan Insyaallah anak saya tidak mudah dijaangkiti. saya juga sering jatuh sakit tapi selepas amalkan cod liver oil setiap hari alhamdulillah saya sihat walafiat dan dah lama saya tak rasa sakit 😁 dan saya harap saya anak saya tak mudah jatuh sakit.
3. Mencantikkan Kulit
- saya merupakan pesakit kulit yg tidak terlalu kronik dan saya mempunyai alahan terhadap serangga dan kalau digigit serangga seperti nyamuk atau semut mesti akan keluar cecair dari kulit macam bisol pastu berair dan bila pecah luka dia sakit sangat dan meninggalkan bekas. bila saya amalkan cod liver oil, luka saya cepat sembuh dan kesan parut juga hilang.. dan bila saya buat research berkenaan cod liver oil, memang betul cod liver oil boleh cantikkan kulit dan menghilangkan parut.
saya mengamalkan cod liver oil brand seven seas juga. saya penggemar brand seven seas kerana rata rata pengguna brand seven seas berpuas hati dan berkesan.
4. Kaya dengan vitamin
- cod liver oil juga kaya dengan Vitamin A, Vitamin D dan Vitamin C vitamin ini sangat penting dalam tubuh kita. dengan adanya vitamin inilah yang menjadikan tubuh kita sehat dan cantik.. so kalau nak tahu apa kebaikan kebaikan Vitamin ni, nantikan post saya akan datang berkenaan vitamin.
sekian sahaja post saya untuk kali ini dan ikuti saya untuk post post saya berkenaan kesihatan dan kecantikkan dan aktiviti saya pada masa akan datang. Insyaallah saya akan kongsikan perkara perkara baik untuk amalan kita.