Saturday, January 4, 2020

VITAMIN apa yang bagus untuk Kanak-Kanak berumur 2-10 tahun

Hai guyss.. harini aku nak cerita sikit berkenaan dengan vitamin atau lebih dikenali sebagai supplement yang baik khususnya untuk minda, kekuatan antibody dan juga pembuka selera makan.

kalau diikotkan zaman sekarang ni kalau korang perasan banyak sangat pengeluar2 supplement untuk kanak2 supaya selera makan bertambah laa cepat pintar laa kuatkan badan laa.. tapi korang yakin ke dengan product2 ni? macam aku sendiri pernah juga cuba beli produk yang artis jual tu katanya untuk selera makan dan diperbuat dari sayur-sayuran dan apa yang aku lihat memang betul anak aku punya selera meningkat dan minat untuk makan sayur tu pon meningkat, so x semestinya produk2 pengeluar tempatan kita ni x selamat.. so kalau korang dah survey produk tu cukup dgn pengesahan dari kementerian kesihatan dan halal jakim why not kita cuba kan.. tapi harini aku nak kongsi sikit berkenaan dengan supplement yang lebih yakin dan selamat untuk dimakan n mudah nak dapat merata-rata di seluruh farmasi yang berdekatan korang.

1. Kid’s Gummies (Bio-Life)
• apa yang aku suka pasal vitamin brand bio life ni ialah sedap. seriusly memang sedap kalau boleh anak kita tu nak makan lebih dari 3 biji so be carefull and jangan simpan di tempat yang boleh dicapai oleh anak2 kita sebab bende sedap ni memang laju je dia nak makan. vitamin ni boleh diambil tidak lebih dari 3biji sehari.
•vitamin ni untuk tingkatkan daya pemikiran kanak2. so ia sangat sesuai digunakan utk pembelajaran. ia juga tinggi dengan omega 3, DHA & EPA. jadi apa itu DHA & EPA?? nak tahu korang boleh google aje DHA & EPA tu ape so tak perlulah aku terangkan panjang2 kat sini kan ☺️
• selain tu dia ada pelbagai perisa yang korang boleh dapatkan di seluruh famasi yang ada kat malaysia ni.
yang ni contoh vitamin tu (perisa berries)

2. Kids A+ Vita Gummies (Nature’s Way)
• vitamin ni agak masam sikit dan kanak kanak juga agak kurang gemar dengan vitamin ni. tapiiiiii vitamin ni sangatlah bagus ye..
• kandungan vitamin ni tinggi dengan sayur-sayuran dan pelbagai campuran vitamin yang boleh menguatkan antibody anak2 kita supaya susah jatuh sakit dan dapat protect diri mereka daripada jangkitan dari orang lain. sesuai especially bila anak2 kita dah sekolah ni dan anak2 kita senang sangat jatuh sakit angkara jangkitan dari kawan2 mereka sendiri. so sebagai ibubapa yang perihatin.. pleassee lahh amalkan supplement yang baik untuk anak2 kita supaya anak kita kuat dan sehat walaupun terancam dengan kuman kuman kat luar sana tu.
• selain tu. apa yang best pasal vitamin ni ialah, untuk anak2 yang tak suka makan sayur. so dalam vitamin ni ada khasiat sayur-sayuran. so kita x risau kalau anak kita x makan sayur sebab dalam vitamin ni ada bekalkan sayur yang mencukupi yang diperlukan oleh tubuh anak2 kita.
membantu tumbesaran dengan sihat
3. Scott’s Emulsion Vita
• yang ni mesti korang pernah nampak kat cashier speed mart. memang bersepah2 jual vitamin ni sebab apa?? sebab memang paling baik terutamanya untuk kanak2 dan juga dewasa.
• apa yang menarik pasal scotts ni orang dewasa pon perlu amalkan. scott membantu mencegah daripada jangkitan sesema dan demam. vitamin C yang tinggi dalam scott membantu korang dan anak anak kekal sehat dan waktu paling sesuai diamalkan dari kanak2 berumur 2 tahun keatas.. dia ada juga suggest utk kanak2 umur setahun tapi aku pernah bagi anak aku masa umur 1 tahun 1/2 waktu tu, effect dia anak aku cerit berit sebab masam mungkin dan ada acid yang belum sesuai utk diambil. so aku stop dan once dia capai umur 2 tahun ak start bagi dia tapi seminggu 2 kali je sb takut nk bagi setiap hari takut perut belum cukup kuat nak terima tapi once dia umur 3tahun memang amalkan setiap hari.
• scotts ni juga dapat menguatkan antibodi anak anak daripada jangkitan. so vitamin ni kira wajib ambil setiap hari supaya badan kekal sehat dan cergas.
perisa Orange
4. DHA 125 + EPA (herbs of Gold)
• vitamin ni sesuai untuk kanak2 yang lemah dalam pembelajaran mereka, kalau jenis yang susah nak faham atau hafal apa apa, so korang boleh cuba bagi vitamin ni. Insyaallah ia boleh membantu menguatkan minda anak2 kita dan mengcergaskan minda mereka. so once korang bagi dia vitamin ni memang dia akan aktif sepanjang masa dan tidak cepat letih.. vitamin ni membantu memberi tenaga pada tubuh dan otak supaya berlaku penyerapan lebih cepat.
Kuatkan mental dan Fizikal

jadi itulah supplement yang terbaik yang boleh aku kongsikan dan ada banyak lagi supplement yang boleh korang amalkan untuk anak2 korang kekal sehat seperti PROBIOTICS apa2 brand pon korang boleh amalkan dalam kehidupan seharian mereka dan selebihnya serahkan sahaja kepada Tuhan yang maha pencipta. kita cuma buat yang terbaik utk kekalkan kesihatan kita. semua yang baik datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang dari kesilapan kita.

sekian sahaja perkongsian aku untuk kali ni, kalau korang nak aku update entri yang menarik korang bolehlah kongsikan idea utk tajuk aku akan datang. so jangan lupa komen dibawah ye.. TQ guyss..
Assalamualaikum..