Tuesday, May 12, 2020

Kismis Minda terbaik untuk kanak-kanak

Assalamualaikum semua... harini aku nak review berkenaan dengan kismis minda..

korang pernah tak bagi anak2 korang kismis minda?? mestilah pernah kann.. tapiii ade jugak parents yang tak pernah belikan kismis minda untuk anak2 mereka dan ada juga yang baruuu pertama kali nk bagi kismis minda.. untuk pengetahuan korang, kismis minda ni perlu diamalkan sejak umur 2 tahun atau 2 tahun setengah atau depands pada kanak2 yang dah pandai kunyah sebab ada juga kanak2 yang tak pandai lagi kunyah waktu umur 2 tahun, so depand pada umur kanak2 tu sendiri dan kalau boleh bila dia dah mula pandai kunyah tu korang terus la start bagi dia amalkan kismis minda ni, bukan nak paksa korang tapi aku just nak share dengan korang bende baik.. so tak salah pon kan..

Dah banyak sangat aku cuba brand untuk kismis minda ni ada yang siap dengan bacaan doa supaya terang hati anak anak kita dan ada juga kismis biasa yg tak serta doa. so apa yang aku boleh cakap majoriti yang aku beli kebanyakkannye masam jadi anak aku taknak makan sb ada masam-masam sikit.. tapi kalau anak2 korang yang suka masam so takde masalah la untuk korang beli apa2 brand skalipon. pada suatu hari tu masa dekat umah mertua aku ni ada la kismis anak buah aku brand Munif hijaz.. anak aku ni dah menangis nakkan kismis tu.. jadi aku pon ambil la sikit bagi anak aku makan, Mashaallah bukan nak puji melangit la tapi seriuusss aku terkejut tengok anak aku makan byk smpai nak dekat setengah botol dia hadap weiii! dan bila aku rasa kismis tu, memang sedap sangat.. masam ada sikit tapi manis banyak.. dan bukan manis gula tau! manis kismis tu serius memang sedap! dan sampailah ke harini aku masih lagi beli kismis tu untuk anak aku.. dan apa yang bestnye, anak-anak buah sebelah aku semuaanya terjebak suka dan ape lagi makpak masing2 pon belilah untuk bagi kat anak2...

Ni lah diaaa kismis paling digemari kanak kanak
haaaa tu diaa kismisnyaa.. aku bukan agent kismis atau penjual kismis ni tau, korang boleh beli kat agent dia atau kat shopee je, macam aku beli dekat shopee jelah senang.. 😁 dan ape yang menarik ialah kismis ni dibacakan doa dan didengarkan dengan bacaan suci Al-Quran. jadi bila anak aku makan rasa macam terang hati segala ilmu serap cepat tapi Wallahualam semuanya atas kuasa Allah jua tapi amalan kismis ni dah memang dari zaman nabi lagi untuk terang hati dan sesuai sangat utk pelajar.. dan lebih afdal lagi bila kismis ni di selawatkan dan di bacakan doa dari ibu tu sendiri, yelah doa seorang ibu buat anaknya tu tiada hijab terus je sampai 😊 .

Jadi itulah dia serba sedikit perkongsian aku pasal kismis minda.. so korang jangan tak cuba ya, korang wajib cuba tau, aku boleh bagi 5/5 ⭐️ untuk kismis ni! nampak tak bertapa yakinnya aku 😆.

terima kasih, Assalamualaikum 😊

Saturday, January 4, 2020

VITAMIN apa yang bagus untuk Kanak-Kanak berumur 2-10 tahun

Hai guyss.. harini aku nak cerita sikit berkenaan dengan vitamin atau lebih dikenali sebagai supplement yang baik khususnya untuk minda, kekuatan antibody dan juga pembuka selera makan.

kalau diikotkan zaman sekarang ni kalau korang perasan banyak sangat pengeluar2 supplement untuk kanak2 supaya selera makan bertambah laa cepat pintar laa kuatkan badan laa.. tapi korang yakin ke dengan product2 ni? macam aku sendiri pernah juga cuba beli produk yang artis jual tu katanya untuk selera makan dan diperbuat dari sayur-sayuran dan apa yang aku lihat memang betul anak aku punya selera meningkat dan minat untuk makan sayur tu pon meningkat, so x semestinya produk2 pengeluar tempatan kita ni x selamat.. so kalau korang dah survey produk tu cukup dgn pengesahan dari kementerian kesihatan dan halal jakim why not kita cuba kan.. tapi harini aku nak kongsi sikit berkenaan dengan supplement yang lebih yakin dan selamat untuk dimakan n mudah nak dapat merata-rata di seluruh farmasi yang berdekatan korang.

1. Kid’s Gummies (Bio-Life)
• apa yang aku suka pasal vitamin brand bio life ni ialah sedap. seriusly memang sedap kalau boleh anak kita tu nak makan lebih dari 3 biji so be carefull and jangan simpan di tempat yang boleh dicapai oleh anak2 kita sebab bende sedap ni memang laju je dia nak makan. vitamin ni boleh diambil tidak lebih dari 3biji sehari.
•vitamin ni untuk tingkatkan daya pemikiran kanak2. so ia sangat sesuai digunakan utk pembelajaran. ia juga tinggi dengan omega 3, DHA & EPA. jadi apa itu DHA & EPA?? nak tahu korang boleh google aje DHA & EPA tu ape so tak perlulah aku terangkan panjang2 kat sini kan ☺️
• selain tu dia ada pelbagai perisa yang korang boleh dapatkan di seluruh famasi yang ada kat malaysia ni.
yang ni contoh vitamin tu (perisa berries)

2. Kids A+ Vita Gummies (Nature’s Way)
• vitamin ni agak masam sikit dan kanak kanak juga agak kurang gemar dengan vitamin ni. tapiiiiii vitamin ni sangatlah bagus ye..
• kandungan vitamin ni tinggi dengan sayur-sayuran dan pelbagai campuran vitamin yang boleh menguatkan antibody anak2 kita supaya susah jatuh sakit dan dapat protect diri mereka daripada jangkitan dari orang lain. sesuai especially bila anak2 kita dah sekolah ni dan anak2 kita senang sangat jatuh sakit angkara jangkitan dari kawan2 mereka sendiri. so sebagai ibubapa yang perihatin.. pleassee lahh amalkan supplement yang baik untuk anak2 kita supaya anak kita kuat dan sehat walaupun terancam dengan kuman kuman kat luar sana tu.
• selain tu. apa yang best pasal vitamin ni ialah, untuk anak2 yang tak suka makan sayur. so dalam vitamin ni ada khasiat sayur-sayuran. so kita x risau kalau anak kita x makan sayur sebab dalam vitamin ni ada bekalkan sayur yang mencukupi yang diperlukan oleh tubuh anak2 kita.
membantu tumbesaran dengan sihat
3. Scott’s Emulsion Vita
• yang ni mesti korang pernah nampak kat cashier speed mart. memang bersepah2 jual vitamin ni sebab apa?? sebab memang paling baik terutamanya untuk kanak2 dan juga dewasa.
• apa yang menarik pasal scotts ni orang dewasa pon perlu amalkan. scott membantu mencegah daripada jangkitan sesema dan demam. vitamin C yang tinggi dalam scott membantu korang dan anak anak kekal sehat dan waktu paling sesuai diamalkan dari kanak2 berumur 2 tahun keatas.. dia ada juga suggest utk kanak2 umur setahun tapi aku pernah bagi anak aku masa umur 1 tahun 1/2 waktu tu, effect dia anak aku cerit berit sebab masam mungkin dan ada acid yang belum sesuai utk diambil. so aku stop dan once dia capai umur 2 tahun ak start bagi dia tapi seminggu 2 kali je sb takut nk bagi setiap hari takut perut belum cukup kuat nak terima tapi once dia umur 3tahun memang amalkan setiap hari.
• scotts ni juga dapat menguatkan antibodi anak anak daripada jangkitan. so vitamin ni kira wajib ambil setiap hari supaya badan kekal sehat dan cergas.
perisa Orange
4. DHA 125 + EPA (herbs of Gold)
• vitamin ni sesuai untuk kanak2 yang lemah dalam pembelajaran mereka, kalau jenis yang susah nak faham atau hafal apa apa, so korang boleh cuba bagi vitamin ni. Insyaallah ia boleh membantu menguatkan minda anak2 kita dan mengcergaskan minda mereka. so once korang bagi dia vitamin ni memang dia akan aktif sepanjang masa dan tidak cepat letih.. vitamin ni membantu memberi tenaga pada tubuh dan otak supaya berlaku penyerapan lebih cepat.
Kuatkan mental dan Fizikal

jadi itulah supplement yang terbaik yang boleh aku kongsikan dan ada banyak lagi supplement yang boleh korang amalkan untuk anak2 korang kekal sehat seperti PROBIOTICS apa2 brand pon korang boleh amalkan dalam kehidupan seharian mereka dan selebihnya serahkan sahaja kepada Tuhan yang maha pencipta. kita cuma buat yang terbaik utk kekalkan kesihatan kita. semua yang baik datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang dari kesilapan kita.

sekian sahaja perkongsian aku untuk kali ni, kalau korang nak aku update entri yang menarik korang bolehlah kongsikan idea utk tajuk aku akan datang. so jangan lupa komen dibawah ye.. TQ guyss..
Assalamualaikum..