Thursday, November 29, 2012

student life and working life


umur semakin lama semakin meningkat. begitulah juga dengan zaman.. zaman semakin lama semakin modern. dunia dahulu berbeza dengan dunia sekarang, dulu aku student skrg aku kene keje carik duit nak isi perut and hidup senang.. Tapi skrg bkn nak citer pasal duit ke dunia ke atau perut kosong tapi citer hari nie berkenaan dengan peredaran zaman.

semua orang merasa zaman persekolahan tp bukan semua orang dapat rasa zaman universiti... hidup mmg berbeza lagi2 zaman belajar U.. masa belajar asik tension pasal assignment laa exam laa final projek laa n macam2 lah...tapi semua 2 akan jadi kenangan paling terindah dalam hidup dan kenangan tu takkan dilupakan seumur hidup... zaman sekolah berbeza dengan zaman belajar U... dulu masa skolah enjoy je lebih.. belajar pown xde la focus mane pon asik ingat nak main je... naik main layang2 la, lumba lari laa itu laa ini laa macam lah. name pown budak skolah, ape lagi main je la kann... hehe tapi bler dah abis skolah cabaran pown bermula....

dalam dunia pekerjaan ni die ade 2 perkara je iaitu sama ada :-
1. U follow ME (anda seorang boss)
              @
2. I follow U (anda seorang pekerja)

U follow Me.. bace pown dah taw.. maksudnye Kamu ikut arahan Saya... waktu jadi boss memey la best TAPI sebenarnye orang yang tidak menjadi boss nie x taw bertapa beratnye kerja sebagai seorang boss.. boss boleh jatuh pada bila2 masa sahaja sekiranya terleka.. selalunya orang akan pandang boss nie x banyak kerja and banyak rehat. sebenarnya pandangan 2 salah.. Boss nie kerjanye lebih berat dari pekerja, boss nie kalau boleh die nak berkerja 24jam tapi disebabkan perlu menjaga kesihatan jadi tak de lah sampai 24jam.. boss perlu bekerja mental dan  fizikal.. sebagai seorang boss, dia perlu mempunyai ilmu yang tinggi, kalau xde ilmu dia takkan boleh menjadi boss punya. bekerja dari segi mental bermaksud ( berfikir bagaimana untuk menghasilkan untung kepada syarikat, menitikberatkan pekerja supaya pekerja x lari mencari kerja lain, menghasilkan idea untuk syarikat, mengembangkan syarikat dan bermacam masalah yang perlu difikirkan seperti masalah kerugian dan lain-lain) inilah boss.. tidak menang tangan untuk hadapi semua nie dan dari situ mulanya ARAHAN.. ape yang diarah akan akan dilaksanakan oleh orang lain(pekerja) untuk itu ia dapat mengurangkan beban boss tersebut.  Dari segi Mental pula bermaksud (Turun Padang) faham tak maksud turun padang?? turun padang nie mksudnye kita g kat padang pastu turun la... haha gurau je... turun padang bermaksud berkerjasama dengan pekerja.. jadi boss nia sebenarnya bekerjasama dengan pekerja tanpa kita sedari. jadi tolonglah hargai boss anda dan berbaktilah pada boss anda kerana x rugi pown kalau berbakti pada orang lain sebabnya kita juga akan merasainya suatu hari nanti jika kita ade impian nak jadi boss lah... tp klo xde just forget it.. Orang yang xde impian adalah orang yang malas berusaha dan tidak mahu berusaha..  so mulai skrg carilah impian kita.. setiap manusia perlu ada impian yang ingin dicapai barulah hidup akan berjaya.

ok cukup untuk U follow me skrg masuk yang ke 2 pulak I follow U..  i follow salleh yakob haha.. mcm 2 lah lebih kurang haha....  xde lah.. just joke..  i follow u bermaksud  saya bekerja mengikut arahan kamu. kita bekerja makan gaji yang dibayar jadi kenalah ikut arahan boss, apa yang dipinta itulah yang akan dilakukan oleh pekerja. kadang2 rasa marah sangat sebab kene ikot arahan dari boss. boss suruh buat 2 la buat ni laa... semuanya nak suruh kita buat. tapi sebenarnya bukanlah sengaja boss 2 minta kita buat itu ini tapi kita ni pekerja kene la ikot kalau arahan yang diberikan tidak diluar bidang kita, tapi kalau nak buat luar bidang pown boleh jugak yang penting berkaitan kerja. itu adalah 1 advantage yang kita boleh buat untuk boss. boss akan lebih menghargai pekerja yang susah nak dapat seperti (rajin, bijak, sanggup melakukan demi syarikat, jujur, amanah) ni antara sikap yang dipilih dan dipuji oleh boss.. kalau ade orang yang mempunyai ciri2 macam yang diatas, pasti susah boss nak lepaskan sebab pekerja yang diasanjung adalah perkerja yang berbakti pada syarikat. time 2 kau mintak ape pown boss sanggup bagi janji kau tak minta berhenti kerja. itulah paling ditakuti boss kerana akan kehilanggan pekerja yang sanggup lakukan apa sahaja tanpa berkira dan dengan kerelaan hati. tapi susah nak cari pekerja mcm 2... dalam 1000 belum tentu ada 1. so jadilah pekerja yang disayangi oleh boss. kerja tepat masa dan lebih masa dengan ikhlas...

itulah bezanya kalau belajar dan bekerja.....  BELAJAR LEBIH INDAH DARI BEKERJA...  belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi boss dan pekerja yang cemerlang... ^_^

itu saja untuk post hari ni.... dan mungkin akan ada lagi topik menarik.. jangan lupa baca... sama2lah kita berubah demi kebaikan diri sendiri.. ASSALAMUALAIKUM...  Peace yooo.. haha ala2 ac mizal gitu..